Tuesday, January 17, 2012

SatuRasa

Terlalu banyak yang aku nak luah.
Dan aku tahu kat sini lah tempat paling sesuai untuk meluahkan segala rasa.
Tapi semua luahan tu hanya berada di kepala je, bila ngadap pc je da xtau nak taip apa..
Semua hilang. Sesungguhnya, kadang-kadang aku rasa sangat tertekan. Tertekan memikirkan segala apa yang aku lalui. Namun tidak aku nafikan ada juga kegembiraan yang aku tempuh segalanya ingin aku luah kat sini tapi tu lah xkesampaian. Tak tahu macam mana nak zahirkan.

Aku seorang yang sangat sensitip. Ye kadang-kadang aku sangat positif tapi ada juga sesetengah perkara yang aku tidak dapat berkompromi. Hati ni mudah sangat terusik. Aku sedar jika aku terlalu melayan, pasti akan memberi kesan buruk pada diri ni. Tapi, bila fikir2 balik aku juga manusia. Manusia yang punya hati dan perasaan. Kalau setiap masa aku yang kena beralah, aku yang kena jaga hati orang siapa pula yang nak menjaga hati aku.

Dari aku kecik sampai sekarang itu lah situasi yang aku lalu, bukan bermaksud aku tak bahagia dengan kehidupan aku tapi hakikatnya aku yang selalu beralah. Aku yang selalu makan hati dan berkorban untuk orang lain. Siapa yang nak jaga hati aku. Hati kecil aku selalu berkata ' Aku letih'.

Mungkin rasa-rasa yang aku rasa ni adalah kerana rasa rendah diri, rasa kurang confident. Aku akui terlalu banyak kelemahan pada diri aku. Terlalu banyak. Terlalu banyak pergantungan dalam hidup aku. Yeke bergantung? Situasi di sini adalah aku seperti terlalu bergantung, tetapi sebenarnya tidak. Dan sememangnya di situ adalah tempat aku bergantung, tetapi aku tidak pasti sama ada keadaan atau diri aku sendiri yang mengatakan aku adalah BEBAN. Diri ini selalu merasakan bahawa aku adalah beban kepada semua orang. Aku tak mengerti, sangat tidak faham kenapa perlu wujud perasaan itu dalam diri aku. Semua itu membuatkan aku resah dan gundah gulana.

Sedangkan pada hakikatnya, aku terlalu berdikari. Sehabis daya tidak akan menyusahkan. Dan sebagai manusia biasa ada ketikanya aku akan memerlukan pertolongan atau bantuan dari insan lain. Pada ketika itu, aku rasa sangat tak best, walhal itu adalah lumrah. Rasa seperti diri ini membebankan. Menyusahkan. Pada ketika itulah aku akan jadi seorang yang sangat sensitip. Aku tahu semua itu hanya perasaan aku je. Tapi aku BUNTU macam mana aku nak elak hati dan perasaan aku dari jadi macam tu :(

Kenapa mesti aku ada rasa macam tu.. :(