Wednesday, September 21, 2011

Masak-Masak

Assalamualaikum! (gaya prof Izzi :P)
hek hek hek
Di kala orang lain sedang enak menikmati menu lunch masing2
Aku sedang mengadap PC menghapdet blog.. Aku puasa.
HAri ni insyaAllah hari ke3 aku berpuasa. HArap2 sempatlah aku kejar 6 hari di bulan syawal ni.
Ingat nak abeskan terus 7 hari. InsyaAllah sempat :)

Bila sedang berpuasa, makanan yang xsedap pon nmpk sedap
Normal lah tu, dugaan namanya
Macam2 bau ada, nak2 lagi meja aku ni dekat dgn pantry..
Sabar je lah..Bau menduga keimanan betul. :P

Di tengah bau2 yg harum ni, tetiba aku teringin nak masak
Aku bukan xreti masak, cuma xde peluang je :p
(hak hak..poyo jek)
teringin sangat2 nak masak tau..
Mengidam nak makan nasi goreng kampung buatan sendiri
Walaupon biasa je rasanya, tp aku suka nasi goreng kampung buatan aku..
(ngeh.ngeh.ngeh..haruslah aku suka masakan aku :P)
Terasa juga nak masak tomyam..nyam.nyam..
Sup pon sodap..nti aku nak belaja buat sup yg sedap tuh..
Belaja buat nasi ayam..yeaahhhh!!
Belaja buat kari or gulai..lagi2 gulai tempoyak..fevret tuh..
Isshh...kecur liur ku bila pk makanan..dah lah kurus pahala puasa duk asek pk makanan :P

Actually pada aku, masak ni sonang jo..campak2 je dah siap dah
Cuma bergantung nasib la, sedap ke x..yang penting kita masak dgn ikhlas :)
(xsaba nak masak tuk suami..ehik!)
KAlo da selalu masak, lama2 pandai la..
Apa omputih cakap..practice make perfect!
Yeaahhh!!

So, Sulha Shukri..Sila lah berpractice masak ye.. :D
Sekian.

Sunday, September 18, 2011

Hujung Minggu

Hai. Assalamualaikum Semua!!!
Pagi ni nak update blog setelah seminggu xupdate
Nak cite pasal hujung minggu aku yang lepas
Minggu lepas hujung minggu panjang sket since hari jumaat adalah Hari Malaysia
Apa yang boleh aku kata, hujung minggu ari tu sangat memenatkan
TAPI BEST!!!
Pagi jumaat aku ke Dataran Merdeka, sambut Hari Malaysia
Patriotik kan aku neh.. hehehe..
Pergi ke Dataran Merdeka n tengok perarakan adalah impian aku sejak dari kecik
Sebelum ni tgk kat TV je.. Pada umur 26 ni, aku berkesempatan melihat sendiri perarakan kat Dataran dengan mata sendiri
Walaupon terpaksa berasak2 dengan jutaan orang, di marah dan ditolak polis, aku xkesah semua tuh..Yang penting aku dapat tengok dan aku dapat duk depan kot! hahah!
Kebetulan pada hari tu, Aizat pon berarak sama.. Dia dapat anugerah Tokoh Muda..
LAgi lah buat aku excited, dapat dia jumpa lagi dan sempat borak kejap.. heheh!
Xabes dengan itu, keexcitedtan aku bertambah2 bila aku dapat SALAM PM!!!
Xplan pon tp mungkin sbb nasib aku baik, aku "terserempak" dengan dia.. ape lagi, tangan ku hulur lah.. Jmpe PM kot, aku sebagai warganegara yang berjiwa patriotik ni sangat2 lah berbesar hati.
Lepas tu, aku n Ipah (aku ke dataran dengan adik aku) beransur pulang, smpat lah jumpa dgn Shukri, pass kat dia Trifle (hepi sbb die suka air tangan aku). Harus lah dia suka..Kalo x, xtahu lah kan. Time tu Shukri ngan Juai, dan dorang dah nak balik. Sempat jmpe kejap je lah sbb Aunty Fina n Opah tgah menunggu. Pastu aku juga smpat lepak ngan KAk Zila n Kak Kit, Zafran pon ada. Dorang2 ni pon Peminat Fanatik Aizat ye. Di tengah2 orang ramai yg excited smbut Hari MAlaysia, dorang tu boleh usung sepanduk AIZAT ke mana2..Haaiiisshhhh... AIZONERS la katakan..hahaha..Time ktrg duk berposing orang2 kat area tu pandang kami dan tersengih2.. HAhaha.. Ada ktrg kesah?? Dannn.. Xabes lagi kat situ sekali lagi aku berasak2, berasak2 nak ke mana? Berasak2 untuk nak dapatkan air free. huh! giler jugak aku ni.. Sanggup berasak2 dengan India2 yang busuk tuh demi nak dapat kan 5 tin air free (sorang 1 aku dapatkan). Bangga dorang dengan aku..hahaha.. Sampai tertanggal tali *** aku tahu X.. Haaa... Giler x giler aku berasak2.. Pastu lam sebelas lebih aku gerak balik ngan Ipah.. sbb ptg tu kami ada agenda lain plak.. hehehe

Plan asal petang jumaat, nak g mandi sungai dgn Ipah n Fakhrul. Tp disebab cuaca yg tidak menentu dan kebetulan tetiba Fakhrul ada keje, kami terpaksa mengkensel plan kami. Instead of (ewah! ckp omputih) kami pegi main layang2 kat Selayang. 1st aku men layang2 dowh.. Seronok giler. EXcited tgk layang2 aku terbang megah di awan biru..ewah! Lam 15-20minit jugak layang2 aku gagah di awan biru. Kebetulan time tu nak ujan, bukan nak ujan tapi da memang rintik2 dah, aku terpaksa tarik turun layang2 aku tuh. Part best ... layang2 aku hampir jatuh ke hiway sebelah,GILER Ko! Kalo layang2 tuh jatuh kat kereta kat hiway tuh bukan ke boleh jadi kemalangan. Cuak giler babi kot time tuh. KAlut aku tarik smbil berlari2 bawak tali nak elak dari layang2 aku jatuh atas hiway. Seb bek Fakrul nmpk keadaan tu, terus dia berlari menuju ke arah aku dan tlg tarik tali. Alhamdulillah dia berjaya.. Hahaha.. Tergelak2 ktrg. Oh ye, time tu AMna n Awi pon ada. BAntai gelak lah dorang.

PAstu ktrg g makan, kat area selayang jugak lah.. Tmpt fevret Fakhrul. Time makan tuh xabes2 dorang duk "makan" aku.. Haasiishhh adik2 aku ni, buat aku mcm aku lak adik2 dorang, xcukup ngan Fakrul Awi pon da pndai jadikan aku "bahan" dia. Tp aku sikit pon xkesah malah aku enjoy sgt2 moment ngan dorg :)

Pastu....jeng jeng jeng...kemuncak of the day la kiranya...hahha..ktrg menggila di karaoke..hahaha
semua bantai nyanyi..Best giler...hahaha..Ipah n Amna rasanya 1st time jejak kaki ke pusat karaoke, Ipah boleh tahan juga suaranya Amna pula malu2..hahaha.. Disebabkan that day adalah citu umum, caj mahal lah sket so kami mampu amek sejam je.. tp sbb masing2 gian nak nyanyi, ktrg bantai nyanyi (dah lebih sejam) smpai hampir2 kena halau ngan guard kat ctu.. :P
PAstu masing2 da exhausted..Pulang dan tidurrrrrr.....

The next day, Sabtu.. pagi2 aku dah bangun. Ari ni aku kena hadir ke weeding kak Yati (kakak angkat Shukri).. Kol 10 Shukri da dtg amek aku, kami sedondon merah ye pada hari tu since tema kak Yati pon merah. Sampai sana trus aku tlg2 dorang, tlg mana yg boleh la. Kol 12 ajlis start, aku incharge jaga goody bag, bagi kat tetamu time dorg nak pulang. Yang seronok, aku bekerjasama ngan Aryssa, Nadia, Irfan, Imran n Haikal ( anak2 buah Shukri) dan anak2 buah kaka Yati pon ada. Saiz dah lebih kurang dorang dah.. Cuma umur je byk beza.. xpe lah, mana orang nak tahu kan. Best sgt duk main2 ngan dorang, rajin kot masing2 excited dengan task masing2..walaupon penat tp xterasa sgt sbb adanya kanak2 ribena tersebut.
Aku kat sana smpai kol 4. Pastu gerak balik rumah Shukri, tuka baju, mlm nti nak ke open house Aizat plak.. Hoorrraaayyyyy!!!

After magrib, aku, shukri, Angah n Bern gerak ke rumah Aizat. Kiranya ni kali pertama kami muncul di khalayak ramai (kalangan aizoners n kge ) ngeh!ngeh!ngeh!
Xnak cite lebih2 kat sini..just apa yang aku excited adalah aku dapat jawab kuiz n dapat hadiah tali tag yg ada gambar aizat.. Sebagai peminat tegar Aizat aku sangat hepi giler kot dapat hadiah tu.. Cuma yg kureng nya aku terima hadiah tu bukan dr tangan Aizat sendiri.. Tp xpelah kan.
Tetamu mlm tu, sgt ramai..mungkin kenalan2 dorang n sedara mara Aizat la kot. Xkurang jugak ngan Aizoners, kami lepak lama kot mlm tu smpai kol doblas baru masing2 gerak. AKu lak kol 1 lebih baru gerak dr rumah Aizat. Aizat xde pon, kol 11 da menghilang..so, lepak2 n borak dgn org2 kat ctu je lah. Pendek cite kalo lepak ngan Family Aizat memang puas hati mereka2 ni semuanya friendly.

K lah.. Aku pon da penat merepek dah. Sampai di sini saja entry hujung minggu saya. Apa yang saya boleh simpulkan, saya sangat seronok dengan hujung minggu saya. Terisi dan berisi. Dan minggu2 depan pon sama, semuanya bakal akan terisi. InsyaAllah. Sekian dan Terima Kasih. Daaa~

Friday, September 9, 2011

Fillah...

Assalamualaikum dan Selamat Pagi
Yeay.. Hari ni aku update blog lagi
Rajin plak aku menghapdet blog sejak akhir2 ni ye
Xde keje len aku nak buat, so corat coret lah kat sini

Baru je lepas baca 1st post aku kat soo are corner ni
hehe..excited je 1st time ada blog
baru aku ingat mcm mana aku boleh join blog ni
dulu aku duk follow blog zaki, intan n asma..juga yati
dorang lah duk suh aku bukak blog
rindu kat dorang..serius rindu!

Ingat kat UIA dulu pagi2 lepak kat kak ana makan nasi lemak
Kalo xpagi, petang lepak makan pisang goreng
Rindu main masak2 ngan Intan, Zaki n Nad..buat roti pintal
Joging dengan Asma Yati..Ilya..Kadak..
Lepak dengan tisya kat bilik..melayan dia tgk upin-ipin, tgk Stacy menari
Borak2 dengan HAjar, Ilya, Kadak... Yus!!!
BJ Aku....
Kenangan kat Matric PJ...

Huh! RINDU!!!!!!

Kan best kalo boleh pulang kejap ke zaman2 itu...
Kawan-kawan...Aku sangat rindukan korang

Ya Allah! Aku syukur KAu anugerahkan aku kawan-kawan yang baik
KEnangan yg indah.. Alhamdulillah.

Ya Allah, Kau berkati lah kehidupan aku dan kawan2 aku dan orang yang aku sayang.. Rahmati lah Kami. Permudahkan lah urusan kami dunia dan akhirat. Amin.

**Kawan-kawan, Aku sayang korang tau..Sayang sangat! :')

Wednesday, September 7, 2011

Keje Giler

Petang semalam aku buat keje giler
Aku tak tahu kuasa apa yang mendorong aku buat mcm tu
Boleh tahan jugak giler aku ni
Semuanya bermula sbb Fon dia rosak
Dan2 tu aku rasa mcm dunia gelap, rasa mcm aku dah terputus hubungan ngan dia
(macam tah pape, tp ini lah yg aku rasa)
Kepala aku xfikir bnda lain, fikir doraemon je
Kan best kalo ada pintu doraemon..terus aku luahkan kat FB
Nak dijadikan cerita Ummu, ofismate aku respon
Ringan pulak mulut aku nak mengajak dia ke Ampang
Dan dia plak dengan senang nya bersetuju ikut aku
Terlaksana lah keje giler aku
"gembel" je aku menuju ke rumah dia
Kalo dia ada kat rumah, ada la..Kalo xde means aku xde jodoh nak jmpe dia
Aku nekad giler kot.. Bila aku fikir balik, aku pon xtahu kuasa apa yang bawak aku ke sana
Giler kan.. Ni lah dia Sulha Shukri, kalo da nak sesuatu memang xnyempat2
Aku ni jenis xreti sabar..Aishhh..teruk tul perangai.

Nak dipendek kan cerita, aku berjaya jmpe dia kat hospital
Kebetulan, cousin Fizi masuk hospital. Fizi n Eja ada kat hospital
Nasib baik Eja n Fizi tahu aku otw ke AMpang, so dorang dah maklumkan kat Shukri
Aku berjaya jumpa Shukri kat Hospital PAkar Ampang Puteri.. :D
Walaupon dia bengang ngan aku sbb keje giler ni
Aku tetap Happy dan puas sbb dah lepaskan rindu. heheheh!
U nak marah..marah laa.. Xkesah :P

Thx to Ummu Naurah, bawak ksu ke sana...
Dan bagi ksu nompang bermalam..
Sayang Ummu!

**Sekarang aku tahu kuasa apa --> rasa RINDU yang menebal

Tuesday, September 6, 2011

Brand New

Hehehehehehe..
Aku berjaya buat sedikit perubahan pada blog aku ni
Tukar imej baru..Cantek kan gamba kat atas ni..
NAma tempat ni Lookup Point, terletak kat Ampang
Best makan2 kat cni, sambil2 makan kita boleh tgk pemandangan 1 KL
1st time sampai cni aku impressed sgt2..
Cantek woo!!! Aku suka gilerrr
dan di sini lah I had my 1st 'sweet date' with U..
chewah!! (1st time kan U?)

Nanti nak dtg cni lagi, boleh x U?
"bolehhh..nti kita g lagi ye.." hehehe
Mesti U jawab mcm ni kan?? :P
But not now la ( sbb sekarang U tgah berjimat, kannnn???)

Sebenarnya kepala tengah weng-weng ni
Sori ye U sbb U terpaksa lalu dengan I..haha
Naseb la :P
Dalam kepala ni banyak sangat benda kena pikir
Berat!
Kejap I boleh jadi annoying, kejap getik, mengada2 dan perangai2 yang U xlarat nak layan
tapi U kena layan, terpaksa la U terima, redha eh U..harap U xbosan..heheheheh

Pape pun U kena bersyukur tau, at least I mcm ni je
Kegedikan I ada visi nya ( bak kata U )
I rasa I ok lagi, kalo nak dibandingkan dengan girls lain
(ceh, masuk bakul angkat sendiri!!)
Kalo xcaye cuba lah... ( jgn gatal2 nak cuba eh, ada yg nk kena lempang nti)

In a short, kalo U rasa I dah melampau sgt, too much 4 U, tegur lah.. Kita dah bincang hal ni kan? Dan I tahu U pun dah sedia maklum.. :D

Sekian.

Friday, September 2, 2011

Dunia~

Gelisah Tak Bermaya
Manipulasi Angkara Kita
Dan Bencana Yang Melanda
Generasiku Menjadi Mangsa
Dan Ini Bukan Lagi
Seperti Yang Kau Impikan
Percaya Kataku
Aku Bimbangkan Dunia
Tiada Cahaya Ku Terima
Aku Tentang Segalanya
Moga Kau Akan Turut Serta..
Di Dunia Kuasa Sementara
Komunikasi Tiada Makna
Dan Tindak BAlas Ego Yang Ku Terima
Tiada Perasaan KEcewa..

Yup..Ni lagu Bunkface, Dunia
Tapi apa yng aku nak post ari ni
xde kaitan langsung pon ngan lagu ni :P

Alkisahnya...
saje nak mengingatkan diri sendiri tentang dunia
segala apa yang kita ada kat dunia ni memang tak kekal
hanyalah pinjaman
semua orang tahu ttg hakikat ini
dan ramai juga yang buat2 lupa
aku juga tak terkecuali

segala apa yg kita nikmati dan harungi
adalah ujian..ujian kegembiraan dan kesedihan
DIA nak tgk sejauh mana kita dalam menghadapi setiap dugaan nya
Dugaan Senang dan susah..
Dugaan senang untuk nak tgk sejauh mana kita bersyukur
Dugaan susah pula untuk tgk sejauh mana tahap kesabaran kita

Berkasih sayang adalah lumrah setiap manusia
Bila hati dah sayang.. manusia mudah lupa
Hanyut...
Ishh..susah la nak cakap..straight forward la eh..
apa yg aku nak ckp kat cni adalah jgn over dalam bercinta
bukan nak perli sesapa pon tp untuk perli diri sendiri
hahaha..

bila bercinta kita rasa pasangan kita adalah segalanya2
kita nak dia dgn kita je
kalo bole 24jam mahu berkepit je
pantang silap sikit dah nak merajuk
pantang lebih2 sikit dah nak cemburu
itu lah dia..namanya bercinta
xboleh ke buat mcm biasa, seperti dgn kawan2 yg lain
(mana boleh!dia BF aku kot)
penat la main perasaan
(nama pun, terima je lah seadanya)..

ingat lah, walau dah nikah sekalipun dia bukan milik abadi kita
bukan hak kita sepenuhnya
Bercinta lah kerana Allah,
rasional dalam bercinta..
baru tidak timbul perasaan yg bukan2..

Terima lah Kekurangan pasangan dgn seadanya.
Jgn mudah melatah
Tolak ansur dan persefahaman juga saling percaya adalah kunci kebahagiaan..


**Betapa failnya aku mengolah entry ni.. :P

Thursday, September 1, 2011

Hari Raya

Hari ni dah hari raya ke 3
Cepat betul masa berlalu
Bagus jugak, xde lah aku kebosanan...
Pada ketika Umat Islam lain sibuk beraya
Kepala Aku sibuk duk pk mcm mana nak kaya
Macam mana nak punya banyak duit
Betul kata orang bukan senang nak jadi senang
Buntu kepala duk pk mcm mana nak nak buat duit
Kenapa orang lain senang je..Banyak je duit dorang
Kenapa aku x?
Tapi betul ke orang lain senang? Ke sama je mcm aku..
Aku yang xreti nak bersyukur dgn apa yg aku ada..

Bukan xbersyukur...tapi...Aku perlu berusaha lebih lagi
Apa yang aku impi belum aku capai
Masih banyak lagi yang perlu aku usahakan
Ya! Aku perlu lebih berusaha!

MONEY!MONEY!MONEY!

Aku mata DUITAN..Yes! Betul tu..
Semua orang pon mata duitan..lagi2 aku..
Lagi2 masa sekarang ni, sangat2 aku perlukan duit..
Uwaaaaa...Duit datang lah..Datang lah....

**MODE : Biol di Pagi Raya**