Wednesday, September 7, 2011

Keje Giler

Petang semalam aku buat keje giler
Aku tak tahu kuasa apa yang mendorong aku buat mcm tu
Boleh tahan jugak giler aku ni
Semuanya bermula sbb Fon dia rosak
Dan2 tu aku rasa mcm dunia gelap, rasa mcm aku dah terputus hubungan ngan dia
(macam tah pape, tp ini lah yg aku rasa)
Kepala aku xfikir bnda lain, fikir doraemon je
Kan best kalo ada pintu doraemon..terus aku luahkan kat FB
Nak dijadikan cerita Ummu, ofismate aku respon
Ringan pulak mulut aku nak mengajak dia ke Ampang
Dan dia plak dengan senang nya bersetuju ikut aku
Terlaksana lah keje giler aku
"gembel" je aku menuju ke rumah dia
Kalo dia ada kat rumah, ada la..Kalo xde means aku xde jodoh nak jmpe dia
Aku nekad giler kot.. Bila aku fikir balik, aku pon xtahu kuasa apa yang bawak aku ke sana
Giler kan.. Ni lah dia Sulha Shukri, kalo da nak sesuatu memang xnyempat2
Aku ni jenis xreti sabar..Aishhh..teruk tul perangai.

Nak dipendek kan cerita, aku berjaya jmpe dia kat hospital
Kebetulan, cousin Fizi masuk hospital. Fizi n Eja ada kat hospital
Nasib baik Eja n Fizi tahu aku otw ke AMpang, so dorang dah maklumkan kat Shukri
Aku berjaya jumpa Shukri kat Hospital PAkar Ampang Puteri.. :D
Walaupon dia bengang ngan aku sbb keje giler ni
Aku tetap Happy dan puas sbb dah lepaskan rindu. heheheh!
U nak marah..marah laa.. Xkesah :P

Thx to Ummu Naurah, bawak ksu ke sana...
Dan bagi ksu nompang bermalam..
Sayang Ummu!

**Sekarang aku tahu kuasa apa --> rasa RINDU yang menebal

Tuesday, September 6, 2011

Brand New

Hehehehehehe..
Aku berjaya buat sedikit perubahan pada blog aku ni
Tukar imej baru..Cantek kan gamba kat atas ni..
NAma tempat ni Lookup Point, terletak kat Ampang
Best makan2 kat cni, sambil2 makan kita boleh tgk pemandangan 1 KL
1st time sampai cni aku impressed sgt2..
Cantek woo!!! Aku suka gilerrr
dan di sini lah I had my 1st 'sweet date' with U..
chewah!! (1st time kan U?)

Nanti nak dtg cni lagi, boleh x U?
"bolehhh..nti kita g lagi ye.." hehehe
Mesti U jawab mcm ni kan?? :P
But not now la ( sbb sekarang U tgah berjimat, kannnn???)

Sebenarnya kepala tengah weng-weng ni
Sori ye U sbb U terpaksa lalu dengan I..haha
Naseb la :P
Dalam kepala ni banyak sangat benda kena pikir
Berat!
Kejap I boleh jadi annoying, kejap getik, mengada2 dan perangai2 yang U xlarat nak layan
tapi U kena layan, terpaksa la U terima, redha eh U..harap U xbosan..heheheheh

Pape pun U kena bersyukur tau, at least I mcm ni je
Kegedikan I ada visi nya ( bak kata U )
I rasa I ok lagi, kalo nak dibandingkan dengan girls lain
(ceh, masuk bakul angkat sendiri!!)
Kalo xcaye cuba lah... ( jgn gatal2 nak cuba eh, ada yg nk kena lempang nti)

In a short, kalo U rasa I dah melampau sgt, too much 4 U, tegur lah.. Kita dah bincang hal ni kan? Dan I tahu U pun dah sedia maklum.. :D

Sekian.

Friday, September 2, 2011

Dunia~

Gelisah Tak Bermaya
Manipulasi Angkara Kita
Dan Bencana Yang Melanda
Generasiku Menjadi Mangsa
Dan Ini Bukan Lagi
Seperti Yang Kau Impikan
Percaya Kataku
Aku Bimbangkan Dunia
Tiada Cahaya Ku Terima
Aku Tentang Segalanya
Moga Kau Akan Turut Serta..
Di Dunia Kuasa Sementara
Komunikasi Tiada Makna
Dan Tindak BAlas Ego Yang Ku Terima
Tiada Perasaan KEcewa..

Yup..Ni lagu Bunkface, Dunia
Tapi apa yng aku nak post ari ni
xde kaitan langsung pon ngan lagu ni :P

Alkisahnya...
saje nak mengingatkan diri sendiri tentang dunia
segala apa yang kita ada kat dunia ni memang tak kekal
hanyalah pinjaman
semua orang tahu ttg hakikat ini
dan ramai juga yang buat2 lupa
aku juga tak terkecuali

segala apa yg kita nikmati dan harungi
adalah ujian..ujian kegembiraan dan kesedihan
DIA nak tgk sejauh mana kita dalam menghadapi setiap dugaan nya
Dugaan Senang dan susah..
Dugaan senang untuk nak tgk sejauh mana kita bersyukur
Dugaan susah pula untuk tgk sejauh mana tahap kesabaran kita

Berkasih sayang adalah lumrah setiap manusia
Bila hati dah sayang.. manusia mudah lupa
Hanyut...
Ishh..susah la nak cakap..straight forward la eh..
apa yg aku nak ckp kat cni adalah jgn over dalam bercinta
bukan nak perli sesapa pon tp untuk perli diri sendiri
hahaha..

bila bercinta kita rasa pasangan kita adalah segalanya2
kita nak dia dgn kita je
kalo bole 24jam mahu berkepit je
pantang silap sikit dah nak merajuk
pantang lebih2 sikit dah nak cemburu
itu lah dia..namanya bercinta
xboleh ke buat mcm biasa, seperti dgn kawan2 yg lain
(mana boleh!dia BF aku kot)
penat la main perasaan
(nama pun, terima je lah seadanya)..

ingat lah, walau dah nikah sekalipun dia bukan milik abadi kita
bukan hak kita sepenuhnya
Bercinta lah kerana Allah,
rasional dalam bercinta..
baru tidak timbul perasaan yg bukan2..

Terima lah Kekurangan pasangan dgn seadanya.
Jgn mudah melatah
Tolak ansur dan persefahaman juga saling percaya adalah kunci kebahagiaan..


**Betapa failnya aku mengolah entry ni.. :P

Thursday, September 1, 2011

Hari Raya

Hari ni dah hari raya ke 3
Cepat betul masa berlalu
Bagus jugak, xde lah aku kebosanan...
Pada ketika Umat Islam lain sibuk beraya
Kepala Aku sibuk duk pk mcm mana nak kaya
Macam mana nak punya banyak duit
Betul kata orang bukan senang nak jadi senang
Buntu kepala duk pk mcm mana nak nak buat duit
Kenapa orang lain senang je..Banyak je duit dorang
Kenapa aku x?
Tapi betul ke orang lain senang? Ke sama je mcm aku..
Aku yang xreti nak bersyukur dgn apa yg aku ada..

Bukan xbersyukur...tapi...Aku perlu berusaha lebih lagi
Apa yang aku impi belum aku capai
Masih banyak lagi yang perlu aku usahakan
Ya! Aku perlu lebih berusaha!

MONEY!MONEY!MONEY!

Aku mata DUITAN..Yes! Betul tu..
Semua orang pon mata duitan..lagi2 aku..
Lagi2 masa sekarang ni, sangat2 aku perlukan duit..
Uwaaaaa...Duit datang lah..Datang lah....

**MODE : Biol di Pagi Raya**


Wednesday, August 24, 2011

Pensel Tekan Biru...

sedihnya..
sedih...ikut hati nak je aku marah kawan aku ni
dah pinjam aku nya pensel, biar cam tu je, kan dah hilang
ishhhhhhhh....geram nya
hilang mood nak keje..
aishhh....
marah nyeee lahhh...
pensel tu aku pakai sejak aku belajar g kot..terkilan sgt bila hilang
aku mang pantang kalo da pnjam brg org tp xreti nak pulang, hilangkan pulak tuh
aiiishhh..marah betul..

**pensel aku..hukhuk :'(

Tuesday, August 16, 2011

Untuk SULha Shukri...

Sulha Shukri..susahnya nak mengerti diri ko
Ko ni macam mana ek?
Kejap positif kejap negatif..
hmmmmmm...
Terlalu ingin memuaskan hati orang sekeliling
Kadangkala hati sendiri terabai
Dan tidak terlepas dari memeningkan orang dengan perangai peliknya

Risau juga kot orang akan bosan dan jelik
Tapi apa daya aku, itulah aku
Apa lagi yang harus buat?
Macam mana aku nak ubah diri aku?
Ubah untuk jadi yang terbaik untuk setiap orang...

APA??? UNtuk SETIAP ORANG???
Ko gila ke apa Sulha Shukri?
Ingat senang ke nak puaskan hati SEMUA ORANG
Ko mati hidup semula pon xkan boleh weii..

AKu nasihatkan ko
Just be yourself k.
Jgn Ko buat kerja2 yang akan menyusahkan orang
Jangan ko khianati orang
Hati mesti baik..
InsyaAllah..Semua orang akan sayang ko.

Monday, August 15, 2011

PetunjukMu...

Hi olz..
Sedar tak sedar dah masuk 15 hari kita semua berpuasa
Pejam celik pejam celik kejap je rasanya
Alhamdulillah, masih mampu untuk menjalankan ibadat kepadanya dengan baik
Sebagai hambanya aku masih belum merasa kepuasan
Sering kali terdetik di benak adakah aku telah menjalankan tugas ku sebagai hamba-Nya dengan sempurna
Sekiranya nafas aku terhenti di saat ini, mampukah aku merasa Syurga-Nya
**keluhan**
Seringkali aku merasa aku semakin jauh
Jauh dari jalan-Nya...

Ya Allah..berikan lah petunjuk kepada hamba-Mu ini
Semoga aku sentiasa di jalan-Mu
Semoga aku sentiasa berada dalam redha-MU, di dalam Rahmat MU
Amin~