Saturday, January 10, 2009

...ISRAEL teRus ZALIM...

Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
yang menggesa gencatan senjata dimulakan segera
tidak diendahkan Israel apabila rejim Zionis itu terus menggempur Gaza dengan angka kematian warga Palestin kini mencecah 783 orang dan lebih 3,000 lagi cedera.

Sekurang-kurangnya 50 sasaran di Gaza termasuk tempat pelancar roket dan kemudahan membuat bom pejuang Hamas, dibedil oleh tentera Israel dalam operasi pada hari ke-14 semalam

Jet tempur Yahudi turut menggugurkan bom di pinggir Gaza, manakala kereta kebalnya membedil sebuah rumah di Beit Lahiya menyebabkan enam penduduk daripada satu keluarga, maut. Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) pula mendedahkan tindakan kejam tentera Israel menghimpunkan 110 penduduk Palestin dalam sebuah rumah di daerah Zeitun sebelum membedilnya bertalu-talu menyebabkan 30 orang maut, Ahad lalu.

Menurut OCHA, penduduk yang terselamat diarah berjalan kaki sejauh dua kilometer ke Jalan Sala Ed Din sebelum dihantar ke hospital dalam kenderaan awam. Tiga kanak-kanak, termasuk bayi berusia lima bulan, dilaporkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

**petikan dari berita harian(10JAN09)

**same-same lah kite berdoa n banyak kan solat hajat agar saudara kite disana selamat dari musuh yang sungguh kejam
Ameen~

No comments: