Thursday, February 16, 2012

::Mode : Malas nak buat kerja::

Di ketika kemalasan bermaharajalela
Kepala pulak tengah sakit, tah mcm mana tah aku terhentak kepala sendiri tadi.
Ketuk kepala dengan gagang tipon kat opis ni..Sakit gler. Nak marah, diri sendiri yang buat..hahaha..

Serius malas giler nak buat keje.. Nak fikir pun malas ni..
Kerja menghapdet tracker WO, dah lama aku tangguh.. Adoii malas gler nak buat
Haisshhh... Biasa lah aku, tgu nak meeting baru kalut..padan muka!
Xpe lah..nanti aku update laa.. *xreti2 nak insaf*

BAnyak bnda dalam kepala aku neh.. *kalah PM weii
Bajet hidup kusut gler.. hahahaha..Poyo lah aku nih..
Risau kan Romeo aku, hal2 dia still hanging xtau mcm mana..
Pk jumaat ni, nak pegi ke tak tgk Aizat.. Kalo nak pegi, mcm mana nak sampai sana..
Sabtu plak aku nak buat apa, nak lepak mana.. Ahad, wedding Naza.. Kalo pergi jmpe Aizat, xkan nak angkut hadiah2 NAza sekali..Mesti susah nak bergerak, konfem dgn beg baju sekali..
PAstu dah janji plak dengan Uda nak g walk-in interview sabtu tuh..kalo nak g interbiu konfem kena balik Shah Alam semula..haaa...mcm mana tu...berlari berkejaran lah aku... ke sana dan ke sini..mcm mana ni??
HAiishhh... Berat kan masalah aku nii...hahaha. *sbb tu aku cakap BAJET hidup kusut..

BUkan masalah berat pun..saje nak beratkan kepala.. Aku pun pening dengan Sulha nehh..
Actually, tu lah kan.. Nak seribu DAYA, xnak Seribu DALIH..(sesuai ke pepatah ni kat sini)
Aku ok je..saje je merepek2 kat blog nihh..sambil pk mcm mana nak menyusun jadual kehidupan..ngeh3x... bye!

Friday, February 10, 2012

Jiwa rapuh

Salam dan Selamat Pagi.

Singgah kejap kat sini, sebab dada ni terlalu sesak.
Fikiran aku seakan2 buntu, buntu memikirkan kenapa mesti jadi macam ni.
Atau aku yang salah perkiraan, bersalah sangka.
Kenapa mesti dia buat macam tu? Kenapa? Dan dia..kan aku dah cakap aku tak suka, aku xberapa nak boleh terima..
Pada aku, itu melampau kot.. Ye, dah macam adik beradik tapi...still..ada batas yang perlu dijaga.. Ada hati yang perlu dijaga..
Senang mulut untuk bercakap, tapi cuba kau rasa sendiri..sakit kan.. Aku xrasa aku ni melampau. Kalau pun terkena pada seseorang yang lain sure kan terasa seperti apa yang aku rasa, atau lebih teruk lagi. Hati aku sedikit berubah, xseperti dulu lagi. Dah jauh sikit, maaf lah.
AKu pun ada perasaan. Aku xmintak lebih, tak mintak dilayan seperti perempuan lain dambakan.. Cuma hati ini minta di jaga.. Sudah aku jelaskan semuanya, cukup lah sekali. Xperlu diulang.. Selagi hati ni mampu bersabar..

Aku post entry ni bukan untuk meminta belas atau apa, cuma untuk melepas kan sesak di dada. Jauh sekali untuk memburuk2 kan sesiapa.. Jauh sekali.. Sekadar untuk memujuk hati sendiri..
Aku gembira bukan bermakna hati ni tak terluka.. Titik.

Tuesday, January 17, 2012

SatuRasa

Terlalu banyak yang aku nak luah.
Dan aku tahu kat sini lah tempat paling sesuai untuk meluahkan segala rasa.
Tapi semua luahan tu hanya berada di kepala je, bila ngadap pc je da xtau nak taip apa..
Semua hilang. Sesungguhnya, kadang-kadang aku rasa sangat tertekan. Tertekan memikirkan segala apa yang aku lalui. Namun tidak aku nafikan ada juga kegembiraan yang aku tempuh segalanya ingin aku luah kat sini tapi tu lah xkesampaian. Tak tahu macam mana nak zahirkan.

Aku seorang yang sangat sensitip. Ye kadang-kadang aku sangat positif tapi ada juga sesetengah perkara yang aku tidak dapat berkompromi. Hati ni mudah sangat terusik. Aku sedar jika aku terlalu melayan, pasti akan memberi kesan buruk pada diri ni. Tapi, bila fikir2 balik aku juga manusia. Manusia yang punya hati dan perasaan. Kalau setiap masa aku yang kena beralah, aku yang kena jaga hati orang siapa pula yang nak menjaga hati aku.

Dari aku kecik sampai sekarang itu lah situasi yang aku lalu, bukan bermaksud aku tak bahagia dengan kehidupan aku tapi hakikatnya aku yang selalu beralah. Aku yang selalu makan hati dan berkorban untuk orang lain. Siapa yang nak jaga hati aku. Hati kecil aku selalu berkata ' Aku letih'.

Mungkin rasa-rasa yang aku rasa ni adalah kerana rasa rendah diri, rasa kurang confident. Aku akui terlalu banyak kelemahan pada diri aku. Terlalu banyak. Terlalu banyak pergantungan dalam hidup aku. Yeke bergantung? Situasi di sini adalah aku seperti terlalu bergantung, tetapi sebenarnya tidak. Dan sememangnya di situ adalah tempat aku bergantung, tetapi aku tidak pasti sama ada keadaan atau diri aku sendiri yang mengatakan aku adalah BEBAN. Diri ini selalu merasakan bahawa aku adalah beban kepada semua orang. Aku tak mengerti, sangat tidak faham kenapa perlu wujud perasaan itu dalam diri aku. Semua itu membuatkan aku resah dan gundah gulana.

Sedangkan pada hakikatnya, aku terlalu berdikari. Sehabis daya tidak akan menyusahkan. Dan sebagai manusia biasa ada ketikanya aku akan memerlukan pertolongan atau bantuan dari insan lain. Pada ketika itu, aku rasa sangat tak best, walhal itu adalah lumrah. Rasa seperti diri ini membebankan. Menyusahkan. Pada ketika itulah aku akan jadi seorang yang sangat sensitip. Aku tahu semua itu hanya perasaan aku je. Tapi aku BUNTU macam mana aku nak elak hati dan perasaan aku dari jadi macam tu :(

Kenapa mesti aku ada rasa macam tu.. :(

Wednesday, November 23, 2011

Untuk Menyapa Sahaja...

Bismillahirrahmanirrahim
Dah lama xmenghapdate blog
Malas nak update..
Tunggu lah dah ada mood nti.. :P

Sekian.

Tuesday, October 11, 2011

Teringin

Hai uolzz.. (kelass..gaya kak senduk gtew..)
Baru je lepas browsing FB kawan2,
Kawan2 sebaya aku majority menghaplod gamba baby masing2
Xpun yg menghapdate status, tgu due nak bersalin
Sebagai wanita tipulah kalo aku cakap aku xda rasa pape bila tgk2 semua2 tu
Jeles tgk kawan2 dah punya baby sendiri, ada rumah tangga sendiri
Xsabarnya nak lalu semua tu
Kadang2 sedih jugak, terfikir kenapalah aku xdapat kecap semua tu
Apa salah aku? Apa kekurangan aku?
Mungkin ada dosa yang terpalit pada diri aku yang menyebabkan JODOH aku lambat sampai
Astaghfirullah..
Rasa segan kadang2 menguasai diri..
Tapi disebalik semua tu, aku xnak fikir negatif sangat
Mungkin masanya belom tiba untuk aku tempuh alam itu
Mungkin banyak lagi yang aku perlu belajar dan amek tahu..
So, aku akan pergunakan masa yang aku ada dgn perkara2 yg bermanfaat
Dan capai semua impian aku.
Don't Worry be HAPPY!
Ngehehehehehehehehe....

Wednesday, September 21, 2011

Masak-Masak

Assalamualaikum! (gaya prof Izzi :P)
hek hek hek
Di kala orang lain sedang enak menikmati menu lunch masing2
Aku sedang mengadap PC menghapdet blog.. Aku puasa.
HAri ni insyaAllah hari ke3 aku berpuasa. HArap2 sempatlah aku kejar 6 hari di bulan syawal ni.
Ingat nak abeskan terus 7 hari. InsyaAllah sempat :)

Bila sedang berpuasa, makanan yang xsedap pon nmpk sedap
Normal lah tu, dugaan namanya
Macam2 bau ada, nak2 lagi meja aku ni dekat dgn pantry..
Sabar je lah..Bau menduga keimanan betul. :P

Di tengah bau2 yg harum ni, tetiba aku teringin nak masak
Aku bukan xreti masak, cuma xde peluang je :p
(hak hak..poyo jek)
teringin sangat2 nak masak tau..
Mengidam nak makan nasi goreng kampung buatan sendiri
Walaupon biasa je rasanya, tp aku suka nasi goreng kampung buatan aku..
(ngeh.ngeh.ngeh..haruslah aku suka masakan aku :P)
Terasa juga nak masak tomyam..nyam.nyam..
Sup pon sodap..nti aku nak belaja buat sup yg sedap tuh..
Belaja buat nasi ayam..yeaahhhh!!
Belaja buat kari or gulai..lagi2 gulai tempoyak..fevret tuh..
Isshh...kecur liur ku bila pk makanan..dah lah kurus pahala puasa duk asek pk makanan :P

Actually pada aku, masak ni sonang jo..campak2 je dah siap dah
Cuma bergantung nasib la, sedap ke x..yang penting kita masak dgn ikhlas :)
(xsaba nak masak tuk suami..ehik!)
KAlo da selalu masak, lama2 pandai la..
Apa omputih cakap..practice make perfect!
Yeaahhh!!

So, Sulha Shukri..Sila lah berpractice masak ye.. :D
Sekian.

Sunday, September 18, 2011

Hujung Minggu

Hai. Assalamualaikum Semua!!!
Pagi ni nak update blog setelah seminggu xupdate
Nak cite pasal hujung minggu aku yang lepas
Minggu lepas hujung minggu panjang sket since hari jumaat adalah Hari Malaysia
Apa yang boleh aku kata, hujung minggu ari tu sangat memenatkan
TAPI BEST!!!
Pagi jumaat aku ke Dataran Merdeka, sambut Hari Malaysia
Patriotik kan aku neh.. hehehe..
Pergi ke Dataran Merdeka n tengok perarakan adalah impian aku sejak dari kecik
Sebelum ni tgk kat TV je.. Pada umur 26 ni, aku berkesempatan melihat sendiri perarakan kat Dataran dengan mata sendiri
Walaupon terpaksa berasak2 dengan jutaan orang, di marah dan ditolak polis, aku xkesah semua tuh..Yang penting aku dapat tengok dan aku dapat duk depan kot! hahah!
Kebetulan pada hari tu, Aizat pon berarak sama.. Dia dapat anugerah Tokoh Muda..
LAgi lah buat aku excited, dapat dia jumpa lagi dan sempat borak kejap.. heheh!
Xabes dengan itu, keexcitedtan aku bertambah2 bila aku dapat SALAM PM!!!
Xplan pon tp mungkin sbb nasib aku baik, aku "terserempak" dengan dia.. ape lagi, tangan ku hulur lah.. Jmpe PM kot, aku sebagai warganegara yang berjiwa patriotik ni sangat2 lah berbesar hati.
Lepas tu, aku n Ipah (aku ke dataran dengan adik aku) beransur pulang, smpat lah jumpa dgn Shukri, pass kat dia Trifle (hepi sbb die suka air tangan aku). Harus lah dia suka..Kalo x, xtahu lah kan. Time tu Shukri ngan Juai, dan dorang dah nak balik. Sempat jmpe kejap je lah sbb Aunty Fina n Opah tgah menunggu. Pastu aku juga smpat lepak ngan KAk Zila n Kak Kit, Zafran pon ada. Dorang2 ni pon Peminat Fanatik Aizat ye. Di tengah2 orang ramai yg excited smbut Hari MAlaysia, dorang tu boleh usung sepanduk AIZAT ke mana2..Haaiiisshhhh... AIZONERS la katakan..hahaha..Time ktrg duk berposing orang2 kat area tu pandang kami dan tersengih2.. HAhaha.. Ada ktrg kesah?? Dannn.. Xabes lagi kat situ sekali lagi aku berasak2, berasak2 nak ke mana? Berasak2 untuk nak dapatkan air free. huh! giler jugak aku ni.. Sanggup berasak2 dengan India2 yang busuk tuh demi nak dapat kan 5 tin air free (sorang 1 aku dapatkan). Bangga dorang dengan aku..hahaha.. Sampai tertanggal tali *** aku tahu X.. Haaa... Giler x giler aku berasak2.. Pastu lam sebelas lebih aku gerak balik ngan Ipah.. sbb ptg tu kami ada agenda lain plak.. hehehe

Plan asal petang jumaat, nak g mandi sungai dgn Ipah n Fakhrul. Tp disebab cuaca yg tidak menentu dan kebetulan tetiba Fakhrul ada keje, kami terpaksa mengkensel plan kami. Instead of (ewah! ckp omputih) kami pegi main layang2 kat Selayang. 1st aku men layang2 dowh.. Seronok giler. EXcited tgk layang2 aku terbang megah di awan biru..ewah! Lam 15-20minit jugak layang2 aku gagah di awan biru. Kebetulan time tu nak ujan, bukan nak ujan tapi da memang rintik2 dah, aku terpaksa tarik turun layang2 aku tuh. Part best ... layang2 aku hampir jatuh ke hiway sebelah,GILER Ko! Kalo layang2 tuh jatuh kat kereta kat hiway tuh bukan ke boleh jadi kemalangan. Cuak giler babi kot time tuh. KAlut aku tarik smbil berlari2 bawak tali nak elak dari layang2 aku jatuh atas hiway. Seb bek Fakrul nmpk keadaan tu, terus dia berlari menuju ke arah aku dan tlg tarik tali. Alhamdulillah dia berjaya.. Hahaha.. Tergelak2 ktrg. Oh ye, time tu AMna n Awi pon ada. BAntai gelak lah dorang.

PAstu ktrg g makan, kat area selayang jugak lah.. Tmpt fevret Fakhrul. Time makan tuh xabes2 dorang duk "makan" aku.. Haasiishhh adik2 aku ni, buat aku mcm aku lak adik2 dorang, xcukup ngan Fakrul Awi pon da pndai jadikan aku "bahan" dia. Tp aku sikit pon xkesah malah aku enjoy sgt2 moment ngan dorg :)

Pastu....jeng jeng jeng...kemuncak of the day la kiranya...hahha..ktrg menggila di karaoke..hahaha
semua bantai nyanyi..Best giler...hahaha..Ipah n Amna rasanya 1st time jejak kaki ke pusat karaoke, Ipah boleh tahan juga suaranya Amna pula malu2..hahaha.. Disebabkan that day adalah citu umum, caj mahal lah sket so kami mampu amek sejam je.. tp sbb masing2 gian nak nyanyi, ktrg bantai nyanyi (dah lebih sejam) smpai hampir2 kena halau ngan guard kat ctu.. :P
PAstu masing2 da exhausted..Pulang dan tidurrrrrr.....

The next day, Sabtu.. pagi2 aku dah bangun. Ari ni aku kena hadir ke weeding kak Yati (kakak angkat Shukri).. Kol 10 Shukri da dtg amek aku, kami sedondon merah ye pada hari tu since tema kak Yati pon merah. Sampai sana trus aku tlg2 dorang, tlg mana yg boleh la. Kol 12 ajlis start, aku incharge jaga goody bag, bagi kat tetamu time dorg nak pulang. Yang seronok, aku bekerjasama ngan Aryssa, Nadia, Irfan, Imran n Haikal ( anak2 buah Shukri) dan anak2 buah kaka Yati pon ada. Saiz dah lebih kurang dorang dah.. Cuma umur je byk beza.. xpe lah, mana orang nak tahu kan. Best sgt duk main2 ngan dorang, rajin kot masing2 excited dengan task masing2..walaupon penat tp xterasa sgt sbb adanya kanak2 ribena tersebut.
Aku kat sana smpai kol 4. Pastu gerak balik rumah Shukri, tuka baju, mlm nti nak ke open house Aizat plak.. Hoorrraaayyyyy!!!

After magrib, aku, shukri, Angah n Bern gerak ke rumah Aizat. Kiranya ni kali pertama kami muncul di khalayak ramai (kalangan aizoners n kge ) ngeh!ngeh!ngeh!
Xnak cite lebih2 kat sini..just apa yang aku excited adalah aku dapat jawab kuiz n dapat hadiah tali tag yg ada gambar aizat.. Sebagai peminat tegar Aizat aku sangat hepi giler kot dapat hadiah tu.. Cuma yg kureng nya aku terima hadiah tu bukan dr tangan Aizat sendiri.. Tp xpelah kan.
Tetamu mlm tu, sgt ramai..mungkin kenalan2 dorang n sedara mara Aizat la kot. Xkurang jugak ngan Aizoners, kami lepak lama kot mlm tu smpai kol doblas baru masing2 gerak. AKu lak kol 1 lebih baru gerak dr rumah Aizat. Aizat xde pon, kol 11 da menghilang..so, lepak2 n borak dgn org2 kat ctu je lah. Pendek cite kalo lepak ngan Family Aizat memang puas hati mereka2 ni semuanya friendly.

K lah.. Aku pon da penat merepek dah. Sampai di sini saja entry hujung minggu saya. Apa yang saya boleh simpulkan, saya sangat seronok dengan hujung minggu saya. Terisi dan berisi. Dan minggu2 depan pon sama, semuanya bakal akan terisi. InsyaAllah. Sekian dan Terima Kasih. Daaa~

Friday, September 9, 2011

Fillah...

Assalamualaikum dan Selamat Pagi
Yeay.. Hari ni aku update blog lagi
Rajin plak aku menghapdet blog sejak akhir2 ni ye
Xde keje len aku nak buat, so corat coret lah kat sini

Baru je lepas baca 1st post aku kat soo are corner ni
hehe..excited je 1st time ada blog
baru aku ingat mcm mana aku boleh join blog ni
dulu aku duk follow blog zaki, intan n asma..juga yati
dorang lah duk suh aku bukak blog
rindu kat dorang..serius rindu!

Ingat kat UIA dulu pagi2 lepak kat kak ana makan nasi lemak
Kalo xpagi, petang lepak makan pisang goreng
Rindu main masak2 ngan Intan, Zaki n Nad..buat roti pintal
Joging dengan Asma Yati..Ilya..Kadak..
Lepak dengan tisya kat bilik..melayan dia tgk upin-ipin, tgk Stacy menari
Borak2 dengan HAjar, Ilya, Kadak... Yus!!!
BJ Aku....
Kenangan kat Matric PJ...

Huh! RINDU!!!!!!

Kan best kalo boleh pulang kejap ke zaman2 itu...
Kawan-kawan...Aku sangat rindukan korang

Ya Allah! Aku syukur KAu anugerahkan aku kawan-kawan yang baik
KEnangan yg indah.. Alhamdulillah.

Ya Allah, Kau berkati lah kehidupan aku dan kawan2 aku dan orang yang aku sayang.. Rahmati lah Kami. Permudahkan lah urusan kami dunia dan akhirat. Amin.

**Kawan-kawan, Aku sayang korang tau..Sayang sangat! :')

Wednesday, September 7, 2011

Keje Giler

Petang semalam aku buat keje giler
Aku tak tahu kuasa apa yang mendorong aku buat mcm tu
Boleh tahan jugak giler aku ni
Semuanya bermula sbb Fon dia rosak
Dan2 tu aku rasa mcm dunia gelap, rasa mcm aku dah terputus hubungan ngan dia
(macam tah pape, tp ini lah yg aku rasa)
Kepala aku xfikir bnda lain, fikir doraemon je
Kan best kalo ada pintu doraemon..terus aku luahkan kat FB
Nak dijadikan cerita Ummu, ofismate aku respon
Ringan pulak mulut aku nak mengajak dia ke Ampang
Dan dia plak dengan senang nya bersetuju ikut aku
Terlaksana lah keje giler aku
"gembel" je aku menuju ke rumah dia
Kalo dia ada kat rumah, ada la..Kalo xde means aku xde jodoh nak jmpe dia
Aku nekad giler kot.. Bila aku fikir balik, aku pon xtahu kuasa apa yang bawak aku ke sana
Giler kan.. Ni lah dia Sulha Shukri, kalo da nak sesuatu memang xnyempat2
Aku ni jenis xreti sabar..Aishhh..teruk tul perangai.

Nak dipendek kan cerita, aku berjaya jmpe dia kat hospital
Kebetulan, cousin Fizi masuk hospital. Fizi n Eja ada kat hospital
Nasib baik Eja n Fizi tahu aku otw ke AMpang, so dorang dah maklumkan kat Shukri
Aku berjaya jumpa Shukri kat Hospital PAkar Ampang Puteri.. :D
Walaupon dia bengang ngan aku sbb keje giler ni
Aku tetap Happy dan puas sbb dah lepaskan rindu. heheheh!
U nak marah..marah laa.. Xkesah :P

Thx to Ummu Naurah, bawak ksu ke sana...
Dan bagi ksu nompang bermalam..
Sayang Ummu!

**Sekarang aku tahu kuasa apa --> rasa RINDU yang menebal

Tuesday, September 6, 2011

Brand New

Hehehehehehe..
Aku berjaya buat sedikit perubahan pada blog aku ni
Tukar imej baru..Cantek kan gamba kat atas ni..
NAma tempat ni Lookup Point, terletak kat Ampang
Best makan2 kat cni, sambil2 makan kita boleh tgk pemandangan 1 KL
1st time sampai cni aku impressed sgt2..
Cantek woo!!! Aku suka gilerrr
dan di sini lah I had my 1st 'sweet date' with U..
chewah!! (1st time kan U?)

Nanti nak dtg cni lagi, boleh x U?
"bolehhh..nti kita g lagi ye.." hehehe
Mesti U jawab mcm ni kan?? :P
But not now la ( sbb sekarang U tgah berjimat, kannnn???)

Sebenarnya kepala tengah weng-weng ni
Sori ye U sbb U terpaksa lalu dengan I..haha
Naseb la :P
Dalam kepala ni banyak sangat benda kena pikir
Berat!
Kejap I boleh jadi annoying, kejap getik, mengada2 dan perangai2 yang U xlarat nak layan
tapi U kena layan, terpaksa la U terima, redha eh U..harap U xbosan..heheheheh

Pape pun U kena bersyukur tau, at least I mcm ni je
Kegedikan I ada visi nya ( bak kata U )
I rasa I ok lagi, kalo nak dibandingkan dengan girls lain
(ceh, masuk bakul angkat sendiri!!)
Kalo xcaye cuba lah... ( jgn gatal2 nak cuba eh, ada yg nk kena lempang nti)

In a short, kalo U rasa I dah melampau sgt, too much 4 U, tegur lah.. Kita dah bincang hal ni kan? Dan I tahu U pun dah sedia maklum.. :D

Sekian.

Friday, September 2, 2011

Dunia~

Gelisah Tak Bermaya
Manipulasi Angkara Kita
Dan Bencana Yang Melanda
Generasiku Menjadi Mangsa
Dan Ini Bukan Lagi
Seperti Yang Kau Impikan
Percaya Kataku
Aku Bimbangkan Dunia
Tiada Cahaya Ku Terima
Aku Tentang Segalanya
Moga Kau Akan Turut Serta..
Di Dunia Kuasa Sementara
Komunikasi Tiada Makna
Dan Tindak BAlas Ego Yang Ku Terima
Tiada Perasaan KEcewa..

Yup..Ni lagu Bunkface, Dunia
Tapi apa yng aku nak post ari ni
xde kaitan langsung pon ngan lagu ni :P

Alkisahnya...
saje nak mengingatkan diri sendiri tentang dunia
segala apa yang kita ada kat dunia ni memang tak kekal
hanyalah pinjaman
semua orang tahu ttg hakikat ini
dan ramai juga yang buat2 lupa
aku juga tak terkecuali

segala apa yg kita nikmati dan harungi
adalah ujian..ujian kegembiraan dan kesedihan
DIA nak tgk sejauh mana kita dalam menghadapi setiap dugaan nya
Dugaan Senang dan susah..
Dugaan senang untuk nak tgk sejauh mana kita bersyukur
Dugaan susah pula untuk tgk sejauh mana tahap kesabaran kita

Berkasih sayang adalah lumrah setiap manusia
Bila hati dah sayang.. manusia mudah lupa
Hanyut...
Ishh..susah la nak cakap..straight forward la eh..
apa yg aku nak ckp kat cni adalah jgn over dalam bercinta
bukan nak perli sesapa pon tp untuk perli diri sendiri
hahaha..

bila bercinta kita rasa pasangan kita adalah segalanya2
kita nak dia dgn kita je
kalo bole 24jam mahu berkepit je
pantang silap sikit dah nak merajuk
pantang lebih2 sikit dah nak cemburu
itu lah dia..namanya bercinta
xboleh ke buat mcm biasa, seperti dgn kawan2 yg lain
(mana boleh!dia BF aku kot)
penat la main perasaan
(nama pun, terima je lah seadanya)..

ingat lah, walau dah nikah sekalipun dia bukan milik abadi kita
bukan hak kita sepenuhnya
Bercinta lah kerana Allah,
rasional dalam bercinta..
baru tidak timbul perasaan yg bukan2..

Terima lah Kekurangan pasangan dgn seadanya.
Jgn mudah melatah
Tolak ansur dan persefahaman juga saling percaya adalah kunci kebahagiaan..


**Betapa failnya aku mengolah entry ni.. :P

Thursday, September 1, 2011

Hari Raya

Hari ni dah hari raya ke 3
Cepat betul masa berlalu
Bagus jugak, xde lah aku kebosanan...
Pada ketika Umat Islam lain sibuk beraya
Kepala Aku sibuk duk pk mcm mana nak kaya
Macam mana nak punya banyak duit
Betul kata orang bukan senang nak jadi senang
Buntu kepala duk pk mcm mana nak nak buat duit
Kenapa orang lain senang je..Banyak je duit dorang
Kenapa aku x?
Tapi betul ke orang lain senang? Ke sama je mcm aku..
Aku yang xreti nak bersyukur dgn apa yg aku ada..

Bukan xbersyukur...tapi...Aku perlu berusaha lebih lagi
Apa yang aku impi belum aku capai
Masih banyak lagi yang perlu aku usahakan
Ya! Aku perlu lebih berusaha!

MONEY!MONEY!MONEY!

Aku mata DUITAN..Yes! Betul tu..
Semua orang pon mata duitan..lagi2 aku..
Lagi2 masa sekarang ni, sangat2 aku perlukan duit..
Uwaaaaa...Duit datang lah..Datang lah....

**MODE : Biol di Pagi Raya**


Wednesday, August 24, 2011

Pensel Tekan Biru...

sedihnya..
sedih...ikut hati nak je aku marah kawan aku ni
dah pinjam aku nya pensel, biar cam tu je, kan dah hilang
ishhhhhhhh....geram nya
hilang mood nak keje..
aishhh....
marah nyeee lahhh...
pensel tu aku pakai sejak aku belajar g kot..terkilan sgt bila hilang
aku mang pantang kalo da pnjam brg org tp xreti nak pulang, hilangkan pulak tuh
aiiishhh..marah betul..

**pensel aku..hukhuk :'(

Tuesday, August 16, 2011

Untuk SULha Shukri...

Sulha Shukri..susahnya nak mengerti diri ko
Ko ni macam mana ek?
Kejap positif kejap negatif..
hmmmmmm...
Terlalu ingin memuaskan hati orang sekeliling
Kadangkala hati sendiri terabai
Dan tidak terlepas dari memeningkan orang dengan perangai peliknya

Risau juga kot orang akan bosan dan jelik
Tapi apa daya aku, itulah aku
Apa lagi yang harus buat?
Macam mana aku nak ubah diri aku?
Ubah untuk jadi yang terbaik untuk setiap orang...

APA??? UNtuk SETIAP ORANG???
Ko gila ke apa Sulha Shukri?
Ingat senang ke nak puaskan hati SEMUA ORANG
Ko mati hidup semula pon xkan boleh weii..

AKu nasihatkan ko
Just be yourself k.
Jgn Ko buat kerja2 yang akan menyusahkan orang
Jangan ko khianati orang
Hati mesti baik..
InsyaAllah..Semua orang akan sayang ko.

Monday, August 15, 2011

PetunjukMu...

Hi olz..
Sedar tak sedar dah masuk 15 hari kita semua berpuasa
Pejam celik pejam celik kejap je rasanya
Alhamdulillah, masih mampu untuk menjalankan ibadat kepadanya dengan baik
Sebagai hambanya aku masih belum merasa kepuasan
Sering kali terdetik di benak adakah aku telah menjalankan tugas ku sebagai hamba-Nya dengan sempurna
Sekiranya nafas aku terhenti di saat ini, mampukah aku merasa Syurga-Nya
**keluhan**
Seringkali aku merasa aku semakin jauh
Jauh dari jalan-Nya...

Ya Allah..berikan lah petunjuk kepada hamba-Mu ini
Semoga aku sentiasa di jalan-Mu
Semoga aku sentiasa berada dalam redha-MU, di dalam Rahmat MU
Amin~

Thursday, July 21, 2011

xDA aRAh

Selamat Hari Khamis!
PAgi2 da blur tatau nak buat apa..
Tah pape je aku ni kan
MAcam xda haluan hidup je..
HAishh... Kemon Sulha!

Pening ngan diri sendiri, xreti la nak layan
Sekali pk mcm kelakar je
Macam bodoh pon ada
Xsemangat langsung
Hmmmmm.. Apa aku nak buat ni eh..
PEmalas. Xde semangat. Xnampak haluan Hidup.
TAK BERMOTIVASI

Wake Up Sulha!

Tuesday, July 19, 2011

LeisURe

Good Morning everyone!
Sekarang aku kat ofis, sedang mengupdate blog sambil mendengar Era FM
Ewah, santai je bunyi nya kan!
3,4 orang ofismate aku tengah rancak berbual yang aku tidak pasti apa topik yang dorang bualkan
dan aku pasti yang lain pula sedang sibuk melayan dan mengemaskini status FB
hehehe itu lah sedikit sebanyak situasi kat ofis sejak kebelakangan ni
Bukan xde keje, tp workload xbanyak
Time ada keje, keje la
Tapi kalo xde kerja terpaksa lah berlakon buat kerja..
Bos pon tahu ktrang ni pelakon terbaik..heheh!

Ni lah masalah yang duk berserabut dalam kepala aku..
Workload xbanyak, MAXIS nak buang pekerja..Aduhai~
Semalam meeting, Bos remind ktrg untuk standby cari kerja lain
Sbb nti lepas raya, operasi pengguguran pekerja akan berlaku
Oh no! Kalo la aku yang tergugur..macam mana??
Tapi aku redha je pun.. Aku bersedia.
InsyaAllah..Ada rezki kat tempat lain
Sekarang ni usaha je lah untuk searching for another job
Semoga Urusan SULha Shukri dipermudahkan, murah rezki.. Amin~

::Ooohaaiiii.... Finin2::

Thursday, July 14, 2011

Langkah Pertama.

Alhamdulillah. Syukur dipanjatkan ke Hadrat Nya.
Sabtu lepas, 14/7/2011 aku da berjaya menemukan Shukri dengan Shukri
Hehehehehe.. Kebetulan lak nama dorang sama..Ngehehehehe..
It was a MIRACLE for me, because it runs smoothly. ALhamdulillah.
Syukur. Syukur. Syukur.
Aku harap Abah dapat menerima Shukri dengan seadanya.
Buat masa sekarang aku masih tak boleh menarik nafas lega sepenuhnya
Masih banyak yang perlu aku lalui
Masih belum boleh bersenang hati dan bersenang lenang
Kena buktikan yang terbaik untuk abah
Ada lagi perkara yang perlu aku YAkinkan kepada Abah
Berdoa dan terus Berdoa.

Thx to My beloved Umi
She's the 1 yang sangat banyak men'support' aku n Shukri
Tak lupa kepada adik2 yang sangat Sporting. *LOVE*
Dan, Babo n Mamo.. It is a Bonus for me sbb BAbo adalah kawan lama Abah.
Syukur ya Allah. Permudahkan lah Urusan Sulha Shukri n Shukri Nadzam

Aku, xperlu lah untuk aku luahkan kat sini
Aku sangat2 Happy dengan apa yang telah aku lalu selama aku kenal Shukri
Au tahu dia pun Happy Giler, walaupun terselit gusar dan bimbang di hati tentang tanggungjawab yang bakal dipikulnya nanti
Tapi aku yakin, dia mampu laluinya dan InsyaAllah Kami akan lalui nya bersama.
Amin.

*Waiting for Datuk NAdzam jmpe Ustaz Shukri. Hope everything will go smoothly.
Amin.Amin.Amin.

Monday, June 20, 2011

...

Jijik+Geli+Sedih+Kecewa
Itulah perasaan yang boleh aku gambarkan
selepas membaca 1 artikel kat Harian Metro
Bapa bersekedudukan dengan anak sendiri
Hingga melahirkan 3 orang anak.
pergh!!! 3orang anak tu..
Gila lah! Jijik aku dengar
Jahilnya. (Nauzubillah)
Teruk nya orang zaman sekarang
Buas nya nafsu, hingga sanggup melampiaskan nafsu pada tempat yg xsepatutnya
Sedih.Sedih.sedih
Kecewa yang teramat.
Ya Allah. Semoga kami sentiasa berada dalam petunjuk dan Redha Mu.
Amin.

Monday, June 13, 2011

WeDdiNG

Hello...
Selamat Pagi Isnin!!!

Pagi-Pagi Isnin ni Excited lak nak update blog..
Yes!! Aku kena update..Kena note down perkara malam tadi kat cni
Malam tadi g wedding kawan sekolah Shuk
Dekat Hotel Sunway Lagoon..
Perkh!! Tu je yang aku mampu cakap
Perkh..Gila babi GRAND!!
Mesti lah grand kan..Anak Menteri kot..
Dato Mustapha Mohamad..

Kalo da anak Menteri, xperlu lah aku cite sape yang datang kan
Of course lah orang-orang ternama
TERUJA!!! sbb berada dalam 1 majlis dengan PM, Dato Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri kot!
Sultan Kelantan, Sultan Pahang pon ada..So, majlis tu berprotokol lah sangat2
Ye lah, ada Sultan kan.. Lucky to be there :)
Selain to my idol pon ada kat sana TUN MAHATHIR, bersama isteri
Tun nmpk sangat kurus, impressed dengan dia sbb dengan umur mcm tu tp dia stil kuat


AND....
Paling TERUJA is dapat jmpe, salam n bergamba ngan Tok Pa (tuan rumah)
the BEST part, he said to me "keng sale ko ayah deh"
(My Abah is orang kuat dia)
Bila tahu je aku anak Ustaz Shukri JPP, terus kua loghat kelate..
HAhaha..Sempat lah diinterview oleh beliau
Walau pon kejap, but it was enough to make me smile in my deep sleep :P

Memories of the nite...
Sedondon ngan Shuk
(excited sbb dia mang anti to be sedondon,but not last nite, he is the one who asking me to be sedondon :P)
Jumpa Juai..
Beramah mesra ngan Tok Pa

Enjoy that nite very much!
Thx U for bring me there~





Percubaan Sedondon 'katanya'


With Tok Pa